Tukang K1

Tukang K1

Gred : R3
Kod Skim : -
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : -
Jadual Gaji :

P1T1 RM701.42 – P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 – P2T17 RM1423.41
P3T1 RM747.99 – P3T17 RM1493.59

Syarat Lantikan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) tamat tingkatan tiga sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;

(d) (i) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang pertukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(ii) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2;
dan

(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas pemeriksaan dan pembaikan lampu-lampu di dalam dan luar bangunan pejabat, penutupan, pemeriksaan ke atas jentera, membaiki pendawaian yang rosak, membaiki kerosakan kecil sistem paip dan perabot-perabot, memeriksa dan menyelenggara keadaan bilik air dan peralatannya supaya sentiasa dalam keadaan baik.

Urus Setia
Unit Pembangunan Organisasi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Ketua Menteri Melaka

Aras 3, Blok Bendahara
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
No Tel: 06-2307350/391/338/390/741
No Faks: 06-2315142/2325428

Pembantu Am Rendah N1

Pembantu Am Rendah N1

Gred : N1
Kod Skim : -
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : – Jadual Gaji :

P1T1 RM649.15 – P1T22 RM1506.79
P2T1 RM619.62 – P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 – P3T22 RM1661.82

Syarat Lantikan:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) berpelajaran diperingkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2 RM689.99]

Urus Setia
Unit Pembangunan Organisasi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Ketua Menteri Melaka

Aras 3, Blok Bendahara
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
No Tel: 06-2307350/391/338/390/741
No Faks: 06-2315142/2325428

Pemandu Kenderaan R3

Pemandu Kenderaan R3

Gred : R3
Kod Skim : -
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : – Jadual Gaji :
P1T1 RM701.42 – P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 – P2T17 RM1423.41
P3T1 RM747.99 – P3T17 RM1493.59

Syarat Lantikan:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) tamat darjah 6 rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) memiliki lesen memandu KELAS D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
[kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
Lesen D P1T3
Lesen E1/E2/E3 P1T4
Lesen F/G P1T5
Lesen I P1T6
dan

(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Urus Setia
Unit Pembangunan Organisasi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Aras 3, Blok Bendahara
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
No Tel: 06-2307350/391/338/390/741
No Faks: 06-2315142/2325428

Penghantar Notis N1

Penghantar Notis N1

Gred : N1
Kod Skim : 4320
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : - Jadual Gaji :

P1T1 RM709.59 – P1T18 RM1543.57
P2T1 RM752.06 – P2T18 RM1617.82
P3T1 RM796.16 – P3T18 RM1702.70

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah, Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Jawatan Penghantar Notis Gred N3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(a) (i) berpelajaran di peringkat sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

(ii) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
[Gaji Permulaan ialah pada Gred N12 : P1T2 RM 750.43]; ATAU

(iii) Lulus Peperiksaan Khas;

(b) mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah; DAN

(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Urus Setia
Unit Pembangunan Organisasi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Ketua Menteri Melaka

Aras 3, Blok Bendahara
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
No Tel: 06-2307350/391/338/390/741
No Faks: 06-2315142/2325428

Pekerja Awam R1

Pekerja Awam R1

Gred : R1
Kumpulan : Sokongan
Jadual Gaji :

P1T1 RM647.51 – P1T14 RM1178.43
P2T1 RM689.98 – P2T14 RM1242.09
P3T1 RM734.08 – P3T14 RM1307.38

Syarat Lantikan:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang dilitupi oleh skim perkhidmatan ini;
[Gaji permulaan ialah pada Gred R1 : P1T3]
dan

(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Urus Setia
Unit Pembangunan Organisasi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Aras 3, Blok Bendahara
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
No Tel: 06-2307350/391/338/390/741
No Faks: 06-2315142/2325428