PENOLONG AKAUNTAN W27

Jawatan: PENOLONG AKAUNTAN

Taraf Jawatan: TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN

Kumpulan Perkhidmatan: SOKONGAN

Klasifikasi Perkhidmatan: KEWANGAN

Tempoh Percubaan: 1 HINGGA 3 TAHUN

Gred Gaji: W27

Jadual Gaji: P1T1 RM1209.09 – P1T26 RM3031.64

Syarat-syarat Lantikan: Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

A. LANTIKAN TERUS

(a) (i) Diploma dalam bidang Pengajian Perdagangan, Pengajian Bank atau Pengajian Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T5); atau

(ii) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T8); dan

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

B. KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a)(i) di atas;
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Akauntan, Gred W27, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Muat turun syarat dan cara memohon di SINI!

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

akauntan!

Sorry, the comment form is closed at this time.