PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM


1. MAKLUMAT JAWATAN :

Jawatan : PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
Kod Gaji : S41
Kod Skim : 2409
Jabatan : JABATAN MUFTI TERENGGANU DAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU
Klasifikasi : PERKHIDMATAN SOSIAL
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN & PROFESIONAL
Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penyediaan bagi membolehkan Mufti mengeluarkan satu fatwa panduan mengenai keberkesanan sesuatu program yang dirancang dan juga sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Syariah.
Taraf Jawatan : TETAP

2. JADUAL GAJI :

GRED JADUAL GAJI
S41 P1 T1 RM1688.89 – P1 T27 RM4638.89
S41 P2 T1 RM1783.51 – P2 T27 RM4917.16
S41 P3 T1 RM1882.31 – P3 T27 RM5219.23

3. SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1 T3);

DAN (c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3 (b) di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Pohon jawatan secara ONLINE!

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu
Tingkat 7 Wisma Negeri
20200 K.Terengganu
Terengganu Darul Iman.

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

salam…saya seperti nama di atas ingin memohon kerja jika ada kekosongan jawatan…saya sekarang kerja di klinik swasta area kemaman..tapi kalau boleh nak kerja yg bagus lagi..sebab kerja kat sini doktor kurang memuaskan…saya berharap tuan/puan dapat membantu saya..telefon saya jika ada kekosongan…sekian terima kasih…(014-5441439)shuhada……..

assalamualaikum,saya sekarang praktikal di jabatan kehakiman syariah negeri kedah,saya dari jurusan diploma syariah cybernetic college under upm,saya ingin bekerja di jabatan yang bersesuaian dengan kos saya di dalam bidang agama serta apa-apa yang berkaitan,harap ada kekosongan di putrajaya ataupun kuala lumpur,harap saya dihubungi untuk sebarang jawatan.minta di hubungi di 014-2565240

saya sedang praktikal di pejabat zakat kuala lumpur dan berkelulusan diploma syariah di kolej teknologi antarabangsa cybernetics.saya berharap ada kekosongan di selangor dan kuala lumpur.harap dapat memenuhi sebarang jawatan.0176286254

SAYA SUKA

Sorry, the comment form is closed at this time.