Pembantu Am Pejabat (Gred N1) di Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Pembantu Am Pejabat (Gred N1) di Kementerian Perusahaan Perladangan Komoditi

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat (Gred N1)
b) Agensi : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
e) Jumlah Kekosongan : 2 Kekosongan

Jadual Gaji : Gred N1

Gaji :
P1T1 RM 649.15 - P1T22 RM 1506.79
P2T1 RM 691.62 - P2T22 RM 1583.49
P3T1 RM 735.72 - P3T22 RM 1661.82

Elaun dan kemudahan

Calon-calon yang dilantik adalah layak menerima elaun dan kemudahan berikut:

a. Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95.00
b. Imbuhan Tetap Perumahan : RM 180.00
c. Elaun Bantuan Sara Hidup : RM 300.00
d. Elaun Bertugas Rasmi
e. Cuti Rehat Tahunan (20 hari setahun)
f. Rawatan Perubatan Percuma di Hospital/Klinik Kerajaan
Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan;dan
Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(Gaji Permulaan ialah pada Gred N1:P1T2)

Fungsi Bidang Tugas

Bertanggungjawab dalam mengedar surat-surat kepada pengawai-pengawai, membuat tugas fotostat, menyusun, menjilid dokumen-dokumen yang di fotostat, mengangkat barang-barang / alat-alat bekalan daripada stor dan sebagainya serta mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat / bilik gerakan sebelum dan selepas mesyuarat.

Penaklukan Bidang Tugas

Pengawai-pengawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa

Cara memohon

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang boleh didapati di laman web Kementerian (www.kppk.gov.my) atau di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Aras 6, No.15, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62654 Putrajaya.

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

(d) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan-kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.

(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Di sudut kiri sampul surat hendaklah ditulis nama JAWATAN YANG DIPOHON

Alamat Pemohonan dan Tarikh Tutup

Permohonan hendaklah sampai kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
No. 15, Aras 6-13
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62654 Putrajaya
(u.p. : SUB Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

(a) Tarikh Tutup : 16 MEI 2011

Permohonan Yang Ditolak

Permohonan yang berikut akan ditolak:

Tidak menggunakan borang yang ditetapkan;

Tidak disertakan salinan dokumen yang telah ditetapkan;

Tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;

Tidak ditulis nombor kad pengenalan;

Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi mereka yang sedang berkhidmat; dan

Tidak menandatangani borang permohonan.

Catatan Am

Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.

Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

Muat Turun :

Borang Permohonan Jawatan Kosong

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

saya ingin memohon jawatan ini… hubungi saya 0126437274.. zaitun

sy ingn memohon jawatan ini,bila tarikh tutup dan bgaimana cara utk sy memohon jwatan ini?hbngi sy 0148035921

saya ingin memohon jawatan ini…hubungi saya 0146546482

saya ingin memohon jawatan ini , sy harap pihak tuan dapat pertimbangan permohonan saya..hubungi saya 019-9093994 @ gmail : sha.sayrah@gmail.com

saya yang bernama d atas ingin memohon jawatan ini,jika diberi peluang ini sa akan melaksanakan dengan penu tanggungjawab dan mematuhi segala piagam yang ditetapkan,,emalkan sa d laman amselsaupin@yahoo.com.my harapan sa dari pihak berkenaan dapat mempertimbangkan perhomonan ini,sekian dari saya,

pleasa contact me 0166361751

sy brminat dgn jawatan ni…hubungi saya 017-6891718@0129826458…tq

sy brminat dgn jawatan ni…hubungi saya 0199091315

Sorry, the comment form is closed at this time.