Jururawat U29

Jawatan: JURURAWAT

Taraf Jawatan: TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN

Kumpulan Perkhidmatan: SOKONGAN

Klasifikasi Perkhidmatan: PERUBATAN DAN KESIHATAN

Tempoh Percubaan: 1 HINGGA 3 TAHUN

Gred Gaji: U29

Jadual Gaji: P1T1 RM1160.69 – P1T27 RM3057.39

Syarat-syarat Lantikan: Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) memiliki Diploma Kejururawatan daripada Kolej Kejururawatan Kementerian
Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan
Lembaga Jururawat Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; dan

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29:P1T6) dan

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Jururawat Desa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(a) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Jururawat, Gred U29, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Muat turun syarat dan cara memohon di SINI!

PENOLONG AKAUNTAN W27

Jawatan: PENOLONG AKAUNTAN

Taraf Jawatan: TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN

Kumpulan Perkhidmatan: SOKONGAN

Klasifikasi Perkhidmatan: KEWANGAN

Tempoh Percubaan: 1 HINGGA 3 TAHUN

Gred Gaji: W27

Jadual Gaji: P1T1 RM1209.09 – P1T26 RM3031.64

Syarat-syarat Lantikan: Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

A. LANTIKAN TERUS

(a) (i) Diploma dalam bidang Pengajian Perdagangan, Pengajian Bank atau Pengajian Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T5); atau

(ii) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T8); dan

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

B. KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a)(i) di atas;
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Akauntan, Gred W27, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Muat turun syarat dan cara memohon di SINI!

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM


1. MAKLUMAT JAWATAN :

Jawatan : PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
Kod Gaji : S41
Kod Skim : 2409
Jabatan : JABATAN MUFTI TERENGGANU DAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU
Klasifikasi : PERKHIDMATAN SOSIAL
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN & PROFESIONAL
Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penyediaan bagi membolehkan Mufti mengeluarkan satu fatwa panduan mengenai keberkesanan sesuatu program yang dirancang dan juga sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Syariah.
Taraf Jawatan : TETAP

2. JADUAL GAJI :

GRED JADUAL GAJI
S41 P1 T1 RM1688.89 – P1 T27 RM4638.89
S41 P2 T1 RM1783.51 – P2 T27 RM4917.16
S41 P3 T1 RM1882.31 – P3 T27 RM5219.23

3. SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1 T3);

DAN (c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3 (b) di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Pohon jawatan secara ONLINE!

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu
Tingkat 7 Wisma Negeri
20200 K.Terengganu
Terengganu Darul Iman.

PEGAWAI SYARIAH


Jawatan : PEGAWAI SYARIAH

Gred : LS41

Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Jadual Gaji :
P1T1 : RM 1989.45 P1T24 : RM 4700.07
P2T1 : RM 2085.46 P2T24 : RM 4982.51
P3T1 : RM 2185.65 P3T24 : RM 5274.82

Syarat Lantikan :
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; serta

(ii) Diploma Lanjutan Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada Universiti Islam Antarabangsa atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Syariah) yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada Universiti Islam Antarabangsa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; dan

(iv) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Syariah adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Syariah Gred LS.41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(i) Mempunyai kelayakan di perenggan (a) diatas;

Pohon jawatan ini secara ONLINE!

Pengawas Hutan G11

Pengawas Hutan G11

Gred : G11
Kumpulan : Sokongan
Jadual Gaji :

P1T1 RM735.72 – P1T21 RM1748.57
P2T1 RM778.19 – P2T21 RM1836.71
P3T1 RM822.29 – P3T21 RM1926.48

Syarat Lantikan:

(i) Sijjil Rendah Pelajaran/ Penilaian Menengah Rendah serta Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Sekolah Latihan Perhutanan Kerajaan;
[Gaji permulaan ialah pada Gred G11 : P1T1 RM735.72]; ATAU

(ii) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran serta Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.;
[Gaji permulaan ialah pada Gred G11 : P1T2 RM776.56]; DAN

(iii) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan lulus Bahasa Melayu.

Urus Setia
Unit Pembangunan Organisasi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Ketua Menteri Melaka

Aras 3, Blok Bendahara
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
No Tel: 06-2307350/391/338/390/741
No Faks: 06-2315142/2325428